Tutup

Berita  | Sukan

Liverpool nyaris seri menentang Salzburg, Salah jadi wira penyelamat

Liverpool nyaris seri menentang Salzburg, Salah jadi wira penyelamat
Mohamad Salah ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya. Liverpool menang tipis 4-3 menentang Red Bull Salzburg. -Foto AP
MOHAMAD Salah menjadi penyelamat kepada pasukan Liverpool apabila menjaringkan dua gol dalam aksi di peringkat Kumpulan E awal pagi tadi.

Ia menjadikan Liverpool menang tipis 4-3 menentang Red Bull Salzburg.

Bermain di laman sendiri, Liverpool berjaya membuka jaringan seawal minit ke-9 menerusi Sadio Mane.

Berselang 14 minit, satu lagi gol berjaya disumbat Andrew Robertson pada minit ke-25 dan minit ke-36 menerusi Salah.
Tidak senang dengan aksi hebat Liverpool itu, Red Bull Salzburg bangkit menyamakan kedudukan.

Tiga gol berjaya disumbat pasukan Austria itu, namun pada minit ke-69, Salah menjadi penyelamat menjaringkan gol keempat Liverpool.
Ia sekali gus menyelamatkan pasukan The Reds daripada terus menerima kekalahan setelah tewas kepada Napoli pada aksi pembukaan lalu.