Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan kontinjen Malaysia terhadap isu doping membabitkan atlet wushu negara.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan pingat emas yang dimenangi Tai Cheau Xuen ditarik balik menjadikan keseluruhan 4 pingat emas dimenangi Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Beliau menegaskan tindakan selanjutnya yang akan dilakukan kontinjen negara bergantung kepada alasan CAS berhubung penolakan itu.

Kontinjen negara hanya akan menerima makluman mengenai tindakan itu dengan alasan yang bakal diberikan oleh CAS.

Cheau Xuen didapati positif menggunakan bahan terlarang jenis Sibutramine selepas menang pingat emas dalam acara gabungan nanquan dan nandao wanita 20 September lalu.

Malaysia sebelum ini membuat bantahan yang mengatakan Cheau Xuen tidak bersalah dengan dakwaan berlakunya kelalaian dalam proses ujian sampel.

Lima atlet dilaporkan sudah pun gagal ujian doping di Sukan Asia dan disingkirkan.