PASUKAN Malaysia sekali lagi beraksi dalam perlawan ketiga peringkat kumpulan bagi kelayakan bawah 23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 menentang skuad bawah 23 China di gelanggang sendiri.

Skuad negara perlu mengalahkan China untuk layak ke peringkat seterusnya.

Penyokong mengharapkan anak didik Datuk Ong Kim Swee kuat dari segi mental dan fizikal dalam menentang pasukan China di stadium Shah Alam, Selangor.

Bagi penyokong Ultras Malaya, perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.

Menurut penyokong tegar Ultras Malaya, Iyzat Hamdan mengatakan perlawanan ini penting untuk Malaysia agar dapat mara ke Thailand.

“Kesemua pemain-pemain bermain lebih daripada 100 peratus, terapkan mentaliti untuk menang malam ini dan kemenangan itu sangat penting untuk layak ke AFC B23 Thailand untuk tahun depan dan kita mahukan kemenangan sahaja mala mini. Itu harapan satu negara Malaysia,” katanya.

Sokongan rakyat Malaysia di stadium mahupun di rumah dilaungkan bagi menerapkan semangat kepada para pemain dalam perlawanan besar ini.