Malaysia menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2018 selepas menumpaskan Hong Kong 3-0 dalam perlawanan Kumpulan D kejohanan itu yang berlangsung di Dalian, China, hari ini.
Kemenangan kedua berturut-turut diraih skuad kebangsaan itu menyaksikan mereka mengungguli Kumpulan D dengan enam mata, selepas kejayaan mengalahkan Afrika Selatan 3-0 dalam perlawanan pembukaan, semalam.
Dalam perlawnanan hari ini, juara perseorangan Sukan Asia 2018, Datuk Nicol David diberi tentangan amat sengit sebelum berjaya menundukkan Annie Au Wing Chi; 6-11, 6-11, 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam perlawanan pertama, menurut laman web kejohanan www.wsfwomensteams.com.
Juara kebangsaan S. Sivasangari menyumbangkan mata kedua buat Malaysia selepas menjinakkan Joey Chan Ho Ling; 15-13, 7-11, 11-8 dan 11-9, sebelum bekas pemain nombor lima dunia Low Wee Wern menamatkan saingan dengan menumpaskan Lee Ka Yi; 6-11, 12-10, 11-8 dan 11-9 dalam perlawanan terakhir.
Malaysia akan mengakhiri pusingan awal dengan bertemu Switzerland, esok.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dalam setiap daripada empat kumpulan akan tersenarai dalam lapan pasukan teratas.
Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
Nicol ketika beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 baru-baru ini. - BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Merdeka Award Trust 2023 terus mengangkat budaya cemerlang
MAT ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi cemerlang yang menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui hasil kerja dan pencapaian mereka yang luar biasa.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Nicol terima anugerah Reader's Digest 2023
Beliau bangga diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.