Skuad Ragbi Malaysia mencipta sejarah apabila layak ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 Jepun selepas membelasah Sri Lanka 22-9 di Ipoh petang tadi.

Malaysia tanpa beberapa tonggak utama mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 Kejohanan Ragbi Asia (ARC) apabila menang dalam ketiga-tiga perlawanan.

Malaysia kini berada dalam Divisyen Perdana bersama dua jaguh ragbi Asia iaitu Hong Kong dan Korea Selatan.