Malaysia berdepan risiko hilang keanggotaan dalam Jawankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) jika Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar gagal mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan barisan kepimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sabtu ini.
"Seandainya saya kalah jawatan presiden, Malaysia akan hilang wakil dalam IOC. Sebagai individu, saya tiada masalah tetapi bagi Malaysia dan pengaruhnya di dunia, ia tidak baik," kata Tunku Imran kepada Bernama hari ini.
"IOC mempunyai 115 anggota dan 15 anggota adalah daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) di mana MOM adalah salah satu daripadanya," katanya.
Dalam hal ini, katanya, usaha untuk meningkatkan nama Malaysia di persada dunia bukan suatu tugas yang mudah.
Menurut peraturan IOC, keanggotaan IOC adalah berdasarkan pemilihan.
Keanggotaan diperuntukan khusus untuk atlet dan pemimpin sukan Persekutuan Antarabangsa (IF) dan NOC.
Sejak 12 Dis, 1999, jumlah keahlian IOC dihadkan kepada 115 anggota dengan maksimum 70 individu sebagai anggota, 15 atlet aktif, 15 wakil IF dan 15 wakil NOC.
Tunku Imran dilantik sebagai anggota IOC pada sesi IOC ke-118 pada Februari 2006 di Turin, Itali.
Beliau juga memegang jawatan dalam Suruhanjaya IOC dalam portfolio Sukan dan Undang-Undang (2002-2014), Sukan Untuk Semua (2006-2015) serta Sukan dan Masyarakat Aktif (2015-sehingga usia 70 tahun).
Had umur sebagai anggota IOC adalah 70 tahun. Tunku Imran kini berusia 67 tahun.
Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara 'The Nation' terbitan Bernama TV, Tunku Imran menasihatkan kesemua perwakilan membuat keputusan tepat pada pemilihan MOM nanti.
"Saya sentiasa meningatkan diri bahawa saya tidak akan bertanding sebarang jawatan apabila menjangkaui usia 70 tahun. Ini adalah salah satu alasan saya dan ini adalah penggal terakhir saya," katanya.
Selepas 17 tahun, Tunku Imran, yang menyandang jawatan presiden MOM sejak 1998, akan dicabar buat pertama kali pada pemilihan untuk penggal 2015-2017.
Ahli kerabat diraja Negeri Sembilan itu akan dicabar oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
Astro Arena
Fri Aug 21 2015
TUNKU IMRAN: Seandainya saya kalah jawatan presiden, Malaysia akan hilang wakil dalam IOC. Foto AFP
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran
Tunku Imran berkata elemen tersebut perlu dijadikan sebagai budaya jika kepimpinan baharu MOM mahu memastikan setiap agenda dan perancangan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.
Tunku Imran: Sasaran 10 terbaik tetap realistik
Buat masa ini, kutipan lima emas meletakkan Malaysia berada di tangga ke-12 dalam senarai kedudukan pingat.
'Datang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal sebelum acara pembukaan!' - KJ
Menteri Belia dan Sukan menyarankan kepada orang ramai yang telah membeli tiket untuk menyaksikan upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya datang lebih awal.
Tunku Imran yakin Malaysia mampu muncul juara keseluruhan Sukan SEA
Kontinjen Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA ke-29 akan datang, kata Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.
Chong Wei pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik Rio
Pengumuman itu menjadikan Chong Wei sebagai atlet kedua daripada sukan badminton yang diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang selepas Razif Sidek pada Olimpik 1992 di Barcelona.
Malaysia berdepan risiko hilang keanggotaan IOC
Malaysia berdepan risiko hilang keanggotaan dalam Jawankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) jika Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar gagal mempertahankan jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Tunku Imran masih yakin dengan Kok Chi
Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yakin bahawa Datuk Sieh Kok Chi masih mampu menggalas tugas sebagai setiausaha kehormat MOM.