Arena bola sepak negara sekali lagi menerima tamparan hebat selepas ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan Malaysia terus merosot ke tangga 175 dunia.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu hari ini, kedudukan ke-174 dunia yang sebelum ini dihuni Malaysia berjaya dipintas Kuwait selepas mengumpul 100 mata berbanding skuad negara yang hanya mengumpul 99 mata.
Penurunan ranking itu turut menyaksikan skuad Harimau Malaya kini menduduki tempat ke-36 Asia dan kelapan Asia Tenggara di belakang negara jiran Singapura (173), Indonesia (160) dan Thailand (129).
Ekoran kejatuhan ranking tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini menyatakan kesediaan baginda untuk mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas penurunan itu.
"Kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan ini dan pada setiap kali pasukan kebangsaan kalah ataupun kedudukan menurun. Terima kasih," titah baginda seperti dipetik di dalam kenyataan itu.
Sementara itu, juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di kedudukan nombor satu selepas mengumpul 1,602 mata diikuti Brazil di kedudukan kedua (1,483) dan Portugal ketiga (1,358).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan baginda mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas penurunan itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.