62 pingat emas merupakan catatan baru buat Malaysia dan hasil kejayaan kontinjen negara dapat dilihat menerusi pendominasian dalam lapan acara yang dipertandingkan di temasya Sukan SEA, Singapura.

Malaysia memperolehi kebanyakan emas negara daripada acara seperti Menembak (16 pingat), Olahraga (14 pingat) dan Pelayaran (14 pingat) tetapi tidak boleh digelar jaguh sukan tersebut.

Namun, impak pasukan negara lebih ketara dalam sukan Terjun, Memanah dan Boling di mana Malaysia mendahului negara lain dalam bilangan acara yang disediakan sekaligus mengutip pingat yang paling banyak.

Tahun ini, hanya juara kesuluruhan Thailand (10) dan tuan rumah Singapura (9) yang mendominasi lebih acara daripada Malayasia.

Antara lapan acara yang dimaksudkan adalah Terjun, Memanah, Bola Keranjang, Boling, Berbasikal, Gimnastik Berirama, Hoki dan Skuasy.