Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara mendapat tonik terbaik untuk mempertahankan emas Sukan SEA 2019 Filipina, November ini, apabila merangkul Trofi Asia 7s di Padang Ragbi Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini.
Malaysia merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Singapura 17-14 pada final, sekali gus meninggalkan peserta Sukan SEA seperti Thailand di tempat ketiga, Indonesia (6), Laos (8) dan Brunei di tempat ke-11.
Kejayaan tersebut turut membolehkan Malaysia kembali semula ke Siri Asia 7s 2020 yang disertai negara-negara terbaik dalam Divisyen 1 seperti Hong Kong, Jepun, China, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menghuni tangga tercorot tempat kelapan tahun lalu.
Ketua jurulatih, Saizul Hafifi Md Noor menyifatkan kejohanan tersebut sebagai pendedahan terbaik bagi pemain menjelang Sukan SEA Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.
"Kejayaan ini menyuntik semangat pemain untuk berusaha lebih baik menjelang Sukan SEA. Kita akan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum bertolak ke Filipina," katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp.
Pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia merangkul emas selepas mengalahkan Singapura 22-7 pada final manakala pada edisi sebelum itu pada 2015 di Singapura, Malaysia membawa pulang pingat perak selepas kalah kepada Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 11 2019
Ketua jurulatih, Saizul Hafifi Md Noor menyifatkan kejohanan di Jakarta tersebut sebagai pendedahan terbaik bagi pemain menjelang Sukan SEA Filipina dari 30 Nov hingga 11 Dis ini. - Foto: stadiumastro.com
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.
Dr Mahathir tiup semangat kepada skuad Harimau Malaya
Pasukan Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam ini.
Kami sedar bahaya di GBK, tetapi kami terus fokus yang terbaik - Cheng Hoe
Mereka mempunyai keyakinan berdasarkan perbincangan di antara FAM dan PSSI tentang kawalan keselamatan di Gelora Bung Karno.
Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia
Penyokong tuan rumah turut membaling batu, besi, botol dan suar setelah tidak dapat menerima kekalahan Garuda di tangan Harimau Malaya di tempat sendiri.
Garuda 'dibaham' Harimau Malaya: INA 2-3 MAS
Skuad Malaysia atasi tentangan sengit Indonesia dalam perlawanan dramatik di Gelora Bung Karno untuk mengutip tiga mata berharga.
Demi negara, Andik Vermansah terpaksa 'gaduh dengan saudara'
Keakraban Andik dengan ramai pemain Harimau Malaya selepas lima tahun mencari rezeki di bumi Malaysia terpaksa dilupakan untuk seketika demi menjulang Garuda di dada.
Tigers Resurrected: Kejayaan sukan perlu usaha berbilang kaum
"Bukan semua skuad dan mereka di belakang tabir semasa Suzuki Cup 2010 orang Melayu sahaja," kata pengarah dokumentari Road to Nationhood, Ahmad Yazid.
Hadiah ulang tahun kelahiran ke-35 terindah buat Nicol
Pengalaman memisahkan Nicol dengan junior senegara, S. Sivasangari untuk menang 5-4 dan merangkul emas ketujuhnya dalam Sukan Asia.
Olahraga: Azim kecewa situasi yang dihadapi Poad
Azim tidak bersetuju dengan layanan yang diterima Poad sambil menegaskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu lebih bertanggungjawab dan bukan mengambil sikap lepas tangan.