Skuad silat negara menampilkan aksi cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari terakhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-18 di Arena OCBC, Singapura, pada Ahad.
Tambahan dua emas itu menyaksikan Malaysia mengumpul keseluruhan tiga emas setelah gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara silat seni regu putra pada hari pertama pertandingan, Khamis lepas.
Pada aksi Ahad, juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan apabila mengekalkan pingat emas dalam kelas Puteri E (51-54 kg) selepas mengalahkan Rizka Andini dari Indonesia 5-0, demikian menurut laman sesawang kejohanan; www.wpsc2018.com.
Pingat emas tersebut adalah keempat untuk anak jati Terengganu itu yang pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu - 2012, 2015 dan 2016.
Terdahulu, Mohamad Hazmi Amzad mencipta kejutan selepas memenangi pingat emas kelas Putera C (45-48kg) dengan mengalahkan pesilat Thailand, Adilan Chemaeng 4-1 pada aksi pertarungan akhir.
Dalam pada itu, hasrat seorang lagi wakil negara, Nor Farah Mazlan untuk meraih pingat emas tidak kesampaian setelah tewas 2-3 kepada pesilat Indonesia, Suci Wulandari pada aksi final kelas Puteri A (39-42kg).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 16 2018
Juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan apabila mengekalkan pingat emas dalam kelas Puteri E (51-54 kg). - Foto Twitter - @AtletMalaysia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat
Ia bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus mengemas kini peraturan sedia ada.
Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat
Kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya selama ini.
Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia
Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.
Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.
Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain
Insiden tegang tercetus selepas Adib menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura.
Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.
Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia
Pesaka mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.