Suasana suram terus menyelubungi skuad negara pada aksi di Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA ke-21 di Wuhan, China, hari ini.
Dalam saingan di Pusat Sukan Natatorium Wuhan itu, penerjun negara terus gagal meraih sebarang pingat dalam acara 3m berirama campuran dan 3m papan anjal wanita.
Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri sekadar menamatkan cabaran di kedudukan keenam dalam acara 3m berirama campuran, petang tadi.
Mereka yang merekodkan pungutan 295.80 mata bermula agak baik di tempat kedua sehinggalah pada terjunan ketiga.
Pasangan penerjun negara gagal meneruskan rentak cemerlang bermula pada terjunan keempat, sekali gus jatuh ke tangga ketujuh sebelum bangkit memperbaiki kedudukan di tempat keenam selepas lima terjunan keseluruhan.
Pingat emas acara itu dimenangi penerjun China, Wang Han-Li Zheng yang mengumpul 337.95 mata, diikuti gandingan Maicol Verzotto-Elena Bertocchi dari Itali (303.90) dan pasangan England, Ross Haslam-Grace Reid (302.64).
Sementara, Nur Dhabitah yang turut bersaing dalam acara 3m papan anjal wanita berada di kedudukan kedua tercorot diikuti seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee.
Nur Dhabitah yang berada di tempat ke-11 mencatat 301.30 mata manakala Wendy pula merekodkan 281.20 mata untuk menduduki tangga ke-12.
Penerjun China mendominasi acara itu apabila pingat emas dan perak, masing-masing menjadi milik Shi Tiangmo (404.70) dan Wang Han (383.55), manakala pingat gangsa diraih penerjun Kanada, Pamela Ware (348.75).
Dalam pada itu, penerjun muda negara, Jellson Jabilin beraksi cemerlang apabila mara ke separuh akhir acara 10m platform lelaki selepas berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik pada pusingan awal.
Jellson yang menamatkan saingan di kedudukan ke-18 daripada 24 penerjun, mengumpul 375.70 mata untuk beraksi di pusingan seterusnya, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Nur Dhabitah yang berada di tempat ke-11 mencatat 301.30 mata. - Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.