KAMERA beberapa kali memfokus kepada Tan Cheng Hoe dengan pelbagai gelagatnya di tepi padang – menempikkan arahan, mengangkat isyarat tangan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati atau sekadar bercekak pinggang seakan-akan menerima apa saja kesudahan buat pasukannya.
Dan sesekali kamera televisyen menunjukkan rakan sejawatannya, Park Hang-seo, duduk di kerusi jurulatih dengan membiarkan saja kepada pemain melakukan apa saja yang sudah diarahkannya.
Dua visual berlawanan itu memadai untuk menceritakan kesimpulan daripada perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi yang dimenangi tuan rumah itu 1-0 tanpa Malaysia menghadirkan apa-apa ancaman.
Malah, tidak keterlaluan untuk mengandaikan Malaysia sebenarnya takut untuk berdepan Vietnam – lawan yang tiga kali gagal ditundukkan mereka di gelanggang lawan itu sepanjang kempen Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Berlawanan dengan apa yang digembar-gemburkan ketua jurulatih Harimau Malaya itu mahupun pemainnya sebelum perlawanan, barisan negara masih tidak berupaya menembusi tembok psikologi berdepan Vietnam hingga apa yang pernah mereka pertontonkan sewaktu menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di peringkat kumpulan ini sebelumnya gagal diulangi.
Semangat melawan tidak pun terserlah, kesungguhan untuk mengimbangi perlawanan tidak terlalu ketara, apatah lagi DNA bola sepak Malaysia yang memulakan gerakan dari bawah dengan bersulamkan hantaran-hantaran pendek langsung tidak menjadi.
BACA: Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Vietnam
Vietnam – pasukan yang mara sejauh suku akhir dalam kempen Piala Asia di UAE, Januari lalu – memiliki lebih keinginan untuk memenangi perlawanan ini. Seri 0-0 di gelanggang Thailand dalam perlawanan pertama, hanya kemenangan dicari mereka sebagai pembuka kempen di tempat sendiri.
Sebaliknya, Malaysia bermain seolah-olah bukan dengan niat mencari kemenangan tapi semata-mata untuk mengelakkan kekalahan. Kesudahannya, mereka tidak mendapat kedua-duanya.
Barangkali tidak keterlaluan juga untuk merumuskan taktikal Hang-seo jauh mengatasi Cheng Hoe pada ketika keinginan dan keupayaan menyerang pemain-pemainnya langsung lekang untuk menerbitkan harapan sekalipun untuk mendapat satu mata.
Norshahrul Idlan Talaha gagal menggerunkan tuan rumah dengan potongan rambut barunya, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh langsung ditenggelami sambil wira hatrik Sabtu lalu, Syafiq Ahmad, langsung tidak diberi ruang untuk menoleh.
Runtuhnya barisan serangan negara, yang diburukkan lagi oleh hilangnya penguasaan bahagian tengah, mendatangkan ancaman amat besar hinggakan kedua-dua pertahanan sayap, Matthew Davies dan Corbin Ong, yang sebelumnya kerap naik membantu serangan, tidak berpeluang melakukannya kerana sibuk bertahan.
Akibatnya, bola yang dihantar ke depan akan segera kembali ke kawasan sendiri dan tanpa Vietnam menyerlahkan permainan terbaiknya sekalipun, pertahanan dan pintu gol negara lambat-laun akan bolos juga.
Itu berlaku pada minit ke-39 apabila daripada satu lambungan kapten, Que Ngoc Hai, pertahanan, Shahrul Saad, yang teragak-agak membolehkan Nguyen Quang Hai memintasnya untuk menyepak masuk melepasi terpaan Farizal Marlias.
Tiada silapnya seruan Cheng Hoe bahawa kerjasama sepasukan menjadi taktikalnya, begitu juga Norshahrul yang berpegang kepada semangat untuk menamatkan kemarau kemenangan atau Mohamadou Sumareh yang diuar-uarkan mahu melepaskan geram.
Silapnya semua yang dilaungkan itu gagal diterjemahkan kesebelasan negara malam ini.
Pada penghujungnya, Vietnam terserlah selaku pasukan yang lebih baik dan hanya tidak bernasib baik untuk menambah jaringan apabila sepakan Nguyen Anh Duc dalam keadaan kelam-kabut di depan gol pada minit ke-72, sempat ditampan Shahrul daripada menerjah jaring.
Astro Arena
Thu Oct 10 2019
Mohamadou Sumareh semasa beraksi dalam perlawanan di Vietnam malam tadi. Foto FAMalaysiaOfficial
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low
"Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana."
Waspadalah terhadap ancaman COVID-19 walaupun ia bukan lagi darurat kesihatan global
WHO berpandangan penduduk dunia masih perlu menguruskan COVID-19 sebagai ancaman berterusan terhadap kesihatan.
Kerajaan perlu pastikan persekitaran yang selamat untuk pembikin filem, kata sekumpulan rakyat Malaysia
Kumpulan itu berharap kerajaan dapat memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung dikendalikan secara bebas.
AS akan bertindak terhadap ancaman China - Biden
Andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya, kata Biden.
Banjir: Sungai Kalor melimpah, penduduk risau buaya mendiami kampung
Penduduk Kampung Kolam, Gelang Mas masih belum dapat menarik nafas lega kerana berdepan risiko ancaman haiwan berbisa serta buaya.
Pekerja restoran didakwa buat hantaran ancam doktor berhubung vaksin COVID-19
Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam beberapa doktor berhubung pengambilan vaksin COVID-19.
Senjata nuklear: Korea Utara ikrar mahu jadi terkuat di dunia
Jong Un turut berikrar untuk menentang ancaman nuklear Amerika Syarikat dengan senjata nuklear negaranya.
Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber
Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu.
Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.