KELAB bola sepak Manchester United semakin terdesak untuk menjulang trofi kejuaraan pada musim ini atau berdepan risiko kerugian.

Kegagalan memenangi sebarang kejuaraan bukan sahaja akan terus mencalarkan rekod "The Red Devil" sebagai kelab yang pernah mencipta sejarah malah tidak memberinya untung.

Tewas 2-0 kepada West Ham United dalam perlawanan liga Isnin lalu, Man Utd yang kini berada di tangga ke-8 liga tetap optimis mampu mengubah nasib mereka.

Menurut Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, semua pihak di kelab itu komited untuk membawa Man Utd kembali menjadi gergasi bola sepak Inggeris.

"Kami akan terus membuat pelaburan yang perlu untuk menjadikan ia satu kenyataan," katanya pada pertemuan bersama para pelabur Man Utd.

Prestasi turun naik Man Utd jelas kelihatan selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013 apabila mereka hanya mampu menamatkan saingan liga di kedudukan tiga teratas.