MANCHESTER City meraikan pesta gol selepas menundukkan Southampton 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Gol pertama hadir seawal minit ke-6 selepas Wesley Hoedt melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Gol kedua City dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke -12, diikuti David Silva pada minit ke-18.

Aksi yang berlangsung di Etihad Stadium ini turut menyaksikan Raheem Sterling meledak dua gol untuk pasukannya.

Gol terakhir City hasil tendangan Leroy Sane yang memperlihatkan sepakan yang hebat, yang mengakui dia bernasib baik di hujung permainan.

"Saya cuba menjaringkan gol, tetapi seluruh pasukan sangat kuat hari ini. Anda boleh saksikan bagaimana kami bermain sejak musim lepas.

"Kami memang suka bermain sebagai satu pasukan. Penting untuk menang hari ini."

Kemenangan ini terus mengekalkan penguasaan anak buah Pep Guardiola untuk terus menghuni kedudukan pertama liga.

Ini merupakan kali ke-11 City menang dengan sekurang-kurangnya lima gol atau lebih, sejak Guardiola menjadi pengurus pasukan itu dua setengah tahun lalu.