SAINGAN Liga Fantasi Bual Bola AWANI antara penyokong kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (PL) semakin sengit apabila Manchester City Malaysia (MCM) kini berkongsi mata di puncak liga dengan Malaysian Chelsea Soljabiru.

MCM yang menduduki tempat kedua selepas tamat minggu keenam PL kini mengumpul 1,261 mata dengan Soljabiru, selepas tamat perlawanan PL minggu yang ketujuh.

Manakala, Malaysia Spurs berjaya merampas tempat keempat daripada Arsenal Malaysia, selepas lebih enam minggu berada di tempat kelima.

Spurs kini mengumpul 1,104 mata, satu mata dihadapan Arsenal Malaysia, sementara My Man Utd semakin menunjukkan peningkatan di tempat terakhir dengan 1,064 mata.

Kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia kekal di tempat ketiga dengan 1,118 mata.

Dalam carta individu, wakil MCM, MCM Cyberjaya pula berjaya merampas kedudukan teratas daripada The Blues Blasters dari Soljabiru dengan 464 mata.

The Blues Blasters yang mendapat 59 mata untuk minggu yang ketujuh mengutip 461 mata, manakala tempat ketiga dihuni MCM Langkawi dengan 429 mata.

Berikut kedudukan penuh Liga Fantasi Bual Bola AWANI di premierleague.com:

1. Malaysian Chelsea Soljabiru

Halifax Town 427
Blues FC 373
The Blues Blasters 461
Jumlah: 1,261

1. Manchester CIty Malaysia

MCM Cyberjaya 464
MCM Langkawi 429
MCM Tuaran 368
Jumlah: 1,261

3. All Reds Malaysia

ARM Mek Mung Mek Aku FC 341
ARM Kaki Langgar FC 391
ARM Pasemboq FC 386
Jumlah: 1,118


4. Malaysia Spurs

Hemo Hemo 412
TH Master 342
Cap Ayam 350
Jumlah: 1,104

5. Arsenal Malaysia

Play For Fun 405
Ah Zan FC 335
Arsenal Malaysia 363
Jumlah: 1,103

6. My Man Utd

Return of The King 351
Siti Kasim 341
Sidchan Power Natang 372
Jumlah: 1,064