Manchester United melancarkan laman sosial rasmi WeChat kelab itu bagi mengukuhkan jenamanya di China.

Pengguna WeChat kini boleh mendapatkan berita, video dan gambar rasmi terus kepada peranti mudah alih mereka.


Menurut pengarah urusan Manchester United, Richard Arnold, kelab itu sentiasa mencari jalan untuk berhubung dengan penyokongnya di seluruh dunia.

WeChat bagi Arnold merupakan satu lagi perkembangan menarik daripada bahagian sosial media kelab itu.

The Red Devils sudahpun mempunyai pengikut paling ramai di Sina Weibo dan Tencent Weibo dengan jumlah keseluruhan 13 juta pengguna.

United merupakan kelab sukan yang mempunyai paling ramai pengikut di platform media sosial dengan 107 juta merupakan pengikut dari China.

WeChat merupakan perkhidmatan aplikasi permesejan dari China.