Tutup

Berita  | Sukan

Marquez juarai Moto2, Binder menang perlumbaan di Sepang

Marquez juarai Moto2, Binder menang perlumbaan di Sepang
Pelumba Moto2 dari pasukan EG 0,0 Marc VDS, Alex Marquez dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Moto2 selepas meraikan kemenangannya di tempat kedua perlumbaan kelas Moto2 hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Pelumba Sepanyol Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS menang Kejuaraan Dunia Moto2 ketika pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo memenangi perlumbaan Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, hari ini.

Pelumba 23 tahun itu, menamatkan perlumbaan 0.758 saat (s) di belakang Binder yang menamatkan perlumbaan dalam masa 38 minit 07.843s, manakala Thomas Luthi mewakili pasukan Dynavolt Intact GP di tempat ketiga.
Bagaimanapun pelumba Malaysia Adam Norrodin gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan selepas pusingan kelima.

-- BERNAMA


Tag: Pelumba Sepanyol, Alex Marquez, Kejuaraan Dunia Moto2, Grand Prix Motosikal Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang, Grand Prix, Malaysia, kemalangan, Sepang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.