Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan.
Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu bagi membeli saham dalam kelab tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi bahawa individu dimaksudkan 'berketurunan Melayu' seperti dipetik media Itali itu adalah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Tunku Mahkota berminat dengan Milan. Pencarian terus untuk nama rakan kongsi yang akan menyokong Li Yonghong dalam pengurusan syarikat Via Aldo Rossi, bermula daripada rakan kongsi minoriti pada masa hadapan, mungkin, menjadi presiden kelab," PremiumSportHD melaporkan pada Rabu.
Sementara itu, portal bola sepak Itali, www.calciomercato.com menyatakan bahawa Milan akan diambil alih oleh pelabur daripada syarikat multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.
Pemilik dari China, Li mengambil alih kelab berkenaan yang diberi jolokan 'The Rossoneri' pada musim panas 2016 setelah bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, melepaskan kelab berkenaan.
Walaupun membelanjakan lebih 150 juta Euro untuk pembelian pemain pada musim panas lepas, prestasi kelab tersebut mengecewakan setelah Milan menamatkan saingan di tempat keenam Serie A, selain tersingkir daripada Liga Eropah selepas tewas 1-5 secara agregat kepada Arsenal pada Pusingan 16 pasukan.
Dua tahun lepas, terdapat juga cakap-cakap Tunku Ismail menunjukkan minat terhadap kelab itu selepas adanya laporan menyatakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berminat membeli saham ke atas juara Serie A sebanyak 18 kali itu. Namun, TMJ kemudian menafikan laporan berita tersebut.
Dalam temu bual dengan The Straits Times Singapura pada April 2016, TMJ berkata: "Saya bercadang membeli AC Milan, tetapi akan melihat dulu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. Saya suka Milan dan meminati kelab Itali itu sejak kecil. Tapi, fokus utama saya tetap kepada JDT.
"Tapi, sekiranya saya boleh melabur untuk kelab bola sepak di Eropah, ia sudah pasti di AC Milan." -- Bernama
Bernama
Thu Jun 14 2018
TMJ dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan. - BERNAMA/Fail
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
Pulisic lengkapkan perpindahan ke AC Milan
Pulisic yang berusia 24 tahun, menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab Serie A itu, dengan pilihan setahun lagi.
AC Milan tagih kudrat Leao di San Siro
Pioli berkata, ia memberikan dorongan besar kepada harapan pasukannya untuk membalikkan defisit dua gol.
Inter lepasi ujian pertama Milan di San Siro
Permulaan baik itu membolehkan Inter kekal di landasan untuk menjadi kelab Itali pertama memenangi trofi tersebut sejak 2010.
Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang Inter Milan.
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Serie A: Salernitana buat misi penamat empat teratas AC Milan kian mencabar
Segalanya tampak baik apabila Giruod menanduk masuk gol pembukaan mereka pada penghujung babak pertama.
UCL: Milan mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun
Spurs kini tersingkir dari Liga Juara-Juara, serta Piala FA pada minggu lalu.
UCL: Gol Diaz pastikan Milan bawa bekalan tipis ke laman Tottenham
Diaz menempuhi 12 perlawanan tanpa sebarang jaringan bersama pasukan itu tetapi berhasil mengejutkan Spurs menerusi gol di awal permainan.