Kelab Arsenal melantik Mikel Arteta sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.

Pelantikan itu berkuat kuasa tiga tahun setengah susulan kontrak yang ditandatangani pada Jumaat.

Arteta, 37 tahun, terdahulu meninggalkan tugasnya di Manchester City sebagai pembantu jurulatih.

Dia menggantikan Freddie Ljungberg, yang sebelum ini mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara, susulan pemecatan Unai Emery, November lalu.


Pelantikan ini bermakna Arteta kembali bersama kelab yang menyaksikan dia beraksi 150 kali antara 2011 dan 2016.

Bersama Arsenal, Arteta turut menjulang Piala Perisai Komuniti sebanyak dua kali dan dua Piala FA.