Tutup

Berita  | Sukan

Milan perlu tingkat lagi mutu permainan - Gattuso

Milan perlu tingkat lagi mutu permainan - Gattuso
Gennaro Gattuso ketika tamat perlawanan Serie A antara AC Milan dan Sassuolo di Stadium San Siro, Milan, Itali, 2 Mac, 2019. (Foto AP)
MILAN 1 SASSUOLO 0

Gennaro Gattuso menggesa AC Milan untuk mempamerkan peningkatan walaupun merakamkan kemenangan keempat dalam aksi Serie A, sekali gus membantu pasukan itu mendaki ke tangga ketiga liga.

Milan memintas Inter menerusi kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas Sassuolo, dengan jaringan sendiri Pol Lirola memastikan tiga mata buat skuad bimbingan Gattuso itu.

Harapan Sassuolo untuk bangkit terbantut apabila penjaga gol, Andrea Consigli, dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan penyerang Milan, Krzysztof Piatek.
The Rossoneri tidak tewas dalam sembilan perlawanan dan berada di landasan untuk melangkah ke final Coppa Italia selepas seri tanpa jaringan dengan Lazio tetapi Gattuso berasakan pasukannya masih boleh mempertingkatkan lagi mutu permainan.

"Saya mengambil keputusan positif ketika berdepan Empoli, Lazio dan Sassuolo tetapi kami mampu bermain dengan lebih baik," katanya.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai kepenatan pemain, saya mahu memahami mengapa kami tidak begitu klinikal di depan gol. Kami bergelut berdepan skuad yang lebih tersusun dan bertahan dengan baik.

"Kami tidak berada dalam fasa yang positif sejak dua minggu yang lalu tetapi kami masih kekal dalam kedudukan yang baik. Ia adalah keutamaan pasukan.

"Milan bermain baik ketika bertahan tetapi gagal mengawal permainan. Sassuolo harus diberikan pujian kerana cara hantaran yang dilakukan dan memaksa kami terlepas melakukan terjahan."






Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro