Bintang sukan seni mempertahankan diri Malaysia yang semakin meningkat naik, Jihin Radzuan (4-0) dijadualkan bertemu petarung dari Filipina Gina “Conviction” Iniong (7-4) pada perlawanan ONE: CLASH OF LEGENDS yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand.
Ini merupakan kali pertama Jihin bertanding di luar negara, pada acara ONE: CLASH OF LEGENDS yang akan diadakan di Impact Arena, pada 16 Februari 2019.
Bagaimanapun lawannya pada malam itu, adalah saingan yang sangat kuat bagi petarung yang diberi jolokan nama “Shadow Cat” itu. Iniong dijangka membawa pengalaman serta kemahiran versatil yang dipelajarinya daripada beberapa pemain juara dunia sewaktu berlatih di gim Baguio City ke perlawanan itu.
Namun, pada masa yang sama, pemain dari Filipina itu perlu berhati-hati dengan aksi dan prestasi yang ditonjolkan Jihin sepanjang tahun pertamanya bersama ONE Championship.
Pemain yang berasal dari Johor itu mempamerkan pelaksanaan permainan yang sempurna dan merekodkan kemenangan besar menentang Puja Tomar dari India; pemain Indonesia, Priscilla Hertati Lumban Gaol dan terbaharu, Jenny “Lady GoGo” Huang di acara ONE: DESTINY OF CHAMPIONS.
Malah, anak didik Akademi Ultimate MMA itu tidak menunjukkan sebarang kesukaran ketika berdepan ketiga-tiga lawan, malah, turut menjadi salah seorang atlet ONE Championship yang meningkat naik.
Sebelum ini, pemain itu pernah menamakan Jomary Torres sebagai lawan idealnya, selain berhasrat untuk memanjangkan rekod kemenangan sempurnya pada perlawanan yang bakal berlangsung di ibu kota Thailand itu.
Setakat ini, sebanyak enam perlawanan sudah diumumkan untuk acara itu.
Selain daripada acara utama bagi Kejuaraan Dunia ONE Super Series Muay Thai Bantamweight, terdapat juga perlawanan untuk kategori Muay Thai dan seni mempertahankan diri campuran.
Antaranya, kemunculan semula Emilio “The Honey Badger” Urrutia yang akan menentang Yoshiki Nakahara darI Jepun dalam perlawanan seni mempertahankan diri campuran kategori featherweight.
Manakala. Elipitua Siregar dari Indonesia akan cuba mempertahankan kemenangannya ketika menentang Liu Peng Shuai dalam pertempuran strawweight.
Berikut adalah barisan perlawanan untuk ONE: CLASH OF LEGENDS setakat ini. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.
• Nong-O Gaiyanghadao VS Han Zi Hao – Kejuaraan Dunia ONE Super Series Muay Thai Bantamweight
• Kongsak P.K. Saenchaimuaythaigym VS Alaverdi Ramazanov – Perlawanan Muay Thai bantamweight
• Dae Hwan Kim VS Shuya Kamikubo – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran bantamweight
• Mark Fairtex Abelardo VS Daichi Takenaka – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran bantamweight
• Jo Nattawut VS Samy Sana – Perlawanan Muay Thai featherweight
• Gina Iniong VS Jihin Radzuan – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran atomweight wanita
• Emilio Urrutia VS Yoshiki Nakahara – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran featherweight
• Elipitua Siregar VS Liu Peng Shuai – Perlawanan seni mempertahankan diri campuran strawweight
Astro Awani
Mon Jan 14 2019
Ini merupakan kali pertama Jihin bertanding di luar negara. - Foto ONE
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
MMA: Tewas buat pertama kali, Jihin tekad kembali lebih kuat
Jaguh wanita MMA negara Jihin Radzuan berjaya menundukkan petarung Filipina, Gina Iniong dalam kejohanan ONE: Clash Of Legends di Bangkok, malam ini.
MMA: Jihin sedia beraksi di pertarungan ONE Championship Bangkok
Jihin Radzuan dijadualkan bertemu petarung dari Filipina Gina Iniong pada pertarungan ONE: CLASH OF LEGENDS yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand.