Pasukan Mobile Legends Indonesia Aerowolf yang terpalit dengan beberapa isu kontroversi Piala Asia Tenggara pada bulan lalu, menegaskan mereka tidak melakukan sebarang tipu muslihat sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Aerowolf berkata mereka sekadar mematuhi peraturan yang ditetapkan penganjur iaitu, RevivalTV.

"Bagi meredakan setiap salah faham dan tuduhan palsu (terhadap Aerowolf), kami ingin menyatakan bahawa kami tidak melakukan sebarang penipuan dan salah laku.

“Aerowolf tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengubah peraturan. Kami hanya mematuhi peraturan yang kami terima namun kami berhak untuk melakukan bantahan kepada penganjur jika terdapat sebarang pertikaian terhadap peraturan.

“Kami tidak mahu melakukan perlawanan semula (rematch) yang pertama kerana peraturan penganjur yang memutuskan untuk tidak melakukannya,” jelas Aerowolf dalam kenyataan tersebut.


Galaxy Gamerz: Maruah AirAsia Saiyan

Aerowolf dan pasukan Mobile Legends Malaysia, AirAsia Saiyan sebelum ini terlibat dengan beberapa 'drama' kejohanan Piala Asia Tenggara, apabila kedua-dua pasukan tersebut mendapat kontrak kejohanan yang berbeza berikutan kesilapan penganjur.

BACA: "Ini pengajaran besar kami" - RevivaLTV

Ia seterusnya menyebabkan konflik siapa yang layak ke pusingan separuh akhir apabila AirAsia Saiyan dan Aerowolf terikat di kedudukan kedua teratas dalam pusingan peringkat kumpulan MSC.

Melihat kepada situasi tersebut, penganjur mencadangkan untuk mengadakan perlawanan semula.

"Kami bersetuju untuk bermain dalam perlawanan semula tersebut memandangkan RevivaLTV melakukan kesilapan yang menyebabkan wujudnya dua kontrak kejohanan berbeza (rekod perbezaan mata bunuh KDA dan rekod perlawanan).

"Tiada cara lain lagi bagi menentukan siapa yang layak untuk ke pusingan kalah mati tanpa perlawanan tambahan itu," kata Aerowolf.

Sementara itu, di pihak AirAsia Saiyan, mereka bertindak untuk menarik diri adalah sebagai langkah protes terhadap tindakan RevivaLTV.

BACA: AirAsia Saiyan protes, tarik diri daripada MSC

AirAsia Saiyan turut bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap RevivaLTV.

Sebelum ini, AirAsia Saiyan turut berdepan dengan masalah teknikal pada hari pertama kejohanan dan keputusan awal Moontan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan mengadakan perlawanan semula dengan Aerowolf.

Bagaimana pun, Moonton dilihat menarik balik keputusan untuk mengadakan perlawanan semula tersebut.