PENGURUS Manchester United Jose Mourinho yakin Alexis Sanchez tidak akan meninggalkan kelab itu pada Januari.

Walaupun mengakui Sanchez tidak beraksi pada prestasi terbaik ketika ini, Mourinho percaya pemain itu masih mahu mencipta nama dengan kelab itu.

Sanchez ketika ini bergelut dengan prestasinya sejak menyertai The Red Devils dari Arsenal.

Dia hanya disenaraikan untuk lima daripada 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan hanya menyumbangkan satu gol sepanjang aksi itu.

Sanchez menyertai Old Trafford dengan yuran perpindahan 26 juta pound.