Skuad bola sepak Negeri Sembilan berazam untuk memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Premier yang disambung semula pada 26 Ogos ini.
Mengakui skuad Jang itu perlu bekerja keras dalam baki tujuh perlawanan, ketua jurulatih Sazali Saidon menganggap ia bukan perkara yang mustahil sekiranya anak buahnya mempamerkan komitmen tinggi dalam setiap perlawanan.
"Kita perlu positif dan perlu memenangi lima atau enam perlawanan bagi mencerahkan peluang kita untuk layak ke Liga Super," katanya kepada Bernama, di sini, pada Sabtu.
Skuad Rusa, yang kini berada di kedudukan kesembilan daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Premier, memulakan kembali saingan dengan menentang pendahulu liga, Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 26 Ogos ini.
"TFC II adalah sebuah pasukan yang mantap jadi kita membuat persiapan rapi dalam memastikan kita tidak kehilangan mata terutama bila bermain dengan mereka di Paroi," katanya.
Sebelum saingan Liga Premier ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19, skuad Rusa berjaya melakar satu kemenangan daripada empat perlawanan.
Turun dengan misi tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri, Sazali berkata prestasi terdahulu itu perlu dijadikan sebagai pengajaran dan panduan kepada semua pemain untuk memperbaiki mutu permainan.
"Kita berharap dengan bersambungnya liga ini semula, kita akan berada dalam landasan yang baik untuk memastikan kita terus mencipta kemenangan," katanya.
Menurut Sazali, bagi meningkatkan prestasi dan menguji kemampuan pemain, tiga perlawanan persahabatan telah diatur membabitkan pertemuan dengan Selangor pada 12 Ogos, Felda United FC (15 Ogos) dan PDRM FA, 19 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020
Pasukan bola sepak Negeri Sembilan mengadakan sesi latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam. --fotoBERNAMA
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.