RAFAEL NADAL meletakkan ke tepi kekecewaannya dengan peletakan jawatan bos Real Madrid, Zinedine Zidane, apabila menewaskan Guido Pella dalam Terbuka Perancis, awal hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu adalah peminat tegar Madrid dan memuji Zidane selepas dia meraih kemenangan 6-2, 6-1, 6-1 ke atas Pella.
Nadal seterusnya akan bertemu juara 10 kali di Roland Garros, Richard Gasquet, dalam pusingan 32 esok, pemain yang dianggapnya sebagai kawan baik dalam kejohanan itu.
"Saya mempunyai hubungan yang baik dengannya sejak kami masih kanak-kanak lagi.
"Kami bertemu satu sama lain sejak berusia 12 tahun. Dia sangat baik. Kami berlatih beratus-ratus kali bersama-sama, dia datang ke Mallorca," katanya.
Sementara itu, Juan Martin del Potro juga mendominasi perlawanan ketika menentang pemain veteran, Julien Benneteau, yang membuat penampilan terakhir dalam Terbuka Perancis.
Pemain pilihan kelima itu berjaya mengalahkan Benneteau 6-4, 6-3, 6-2 dan kini akan menghadapi Albert Ramos-Vinolas.
Marin Cilic pula kelihatan sukar ketika berdepan Hubert Hurkacz, namun pemain pilihan ketiga itu memastikan kemenangan berpihak kepadanya dengan keputusan 6-2, 6-2, 6-7 (3-7) 7-5.
Astro Arena
Fri Jun 01 2018
Nadal seterusnya akan bertemu juara 10 kali di Roland Garros, Richard Gasquet, dalam pusingan 32 esok.
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Nadal, Del Potro terus bertenaga di Paris
Rafael Nadal meletakkan ke tepi kekecewaannya dengan peletakan jawatan bos Real Madrid, Zinedine Zidane, apabila menewaskan Guido Pella dalam Terbuka Perancis, awal hari ini.