Pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd Nafiizwan Adnan, menghancurkan impian bekas juara dunia tiga kali, Nick Matthew, untuk merangkul pingat emas ketiga dalam Sukan Komanwel sebelum bersara Mei ini.
Dalam saingan suku akhir, Mohd Nafiizwan, yang menduduki ranking ke-35 dunia, terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan pemain pilihan utama dari England itu dengan 11-7, 6-11, 12-10, 4-11, 11-6 dalam pertarungan selama 81 minit.
Pada saingan separuh akhir esok, Mohd Nafiizwan, 31, akan bertemu dengan pemain pilihan keempat yang juga dari England, James Willstrop.
Willstrop pula terpaksa mengharungi pertarungan sengit selama 95 minit sebelum mengalahkan pemain tuan rumah, Cameron Pilley, 7-11, 12-10, 7-11, 11-6, 11-6.
Sebelum ini, Matthew berusia 37 tahun dan pemain nombor ke-12 dunia telah menyatakan hasrat untuk menggantung raket selepas Terbuka British, Mei ini.
Beliau memenangi gelaran juara dunia pada 2010, 2011 dan 2013 dan juara Komanwel pada 2010 di New Dehli dan 2014 di Glasgow, Scotland.
Mohd Nafiizwan merupakan pemain negara kedua layak ke separuh akhir Sukan Komanwel selepas Azlan Iskandar pada edisi 2010.
"Nick (Matthew) adalah idola saya...sukar untuk mengalahkannya. Saya amat bangga untuk mara ke separuh akhir semenjak Azlan pada edisi 2010. Ini adalah hari yang terbaik dalam hidup saya,"katanya.
Katanya, beliau memberi kesungguhannya dengan sepenuh hati dan tidak menjangka kemenangan ini.
Mohd Nafiizwan berkata beliau tetap fokus sepanjang permainan walaupun melihat lawannya terjatuh kerana kecederaan hamstring.
Nick pula mengakui beliau telah menampilkan aksi terburuk hari ini dan kecewa dengan kekalahan itu.
"Saya gagal memberi tekanan kepada lawan. Bagaimanapun, Mohd Nafiizwan berhak untuk menang kerana bermain dengan begitu baik sekali," katanya.
Mohd Nafiizwan yang berpangkalan di Manchester, England, berkata beliau pernah bermain dengan Willstrop dalam beberapa siri latihan di Manchester.
"Kami saling mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta melalui saingan suku akhir yang cukup mencabar. Bagaimanapun, saya akan memberi yang terbaik esok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 07 2018
Nafiizwan amat bangga untuk mara ke separuh akhir semenjak Azlan pada edisi 2010. - Gambar fail
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir.
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.
Southgate kecewa aksi England
England telah layak ke Euro dengan baki dua perlawanan, tetapi mereka mahu jadi pasukan pilihan utama di Jerman dengan memenangi Kumpulan C.
Dua kanak-kanak 12 tahun didakwa bunuh remaja 19 tahun di England
Menurut Polis Britain, kedua kanak-kanak itu juga telah didakwa kerana memiliki senjata pisau dan direman dalam tahanan.
England ketiga terbaik ragbi Piala Dunia Perancis 2023
England mempamerkan aksi membanggakan mengekang kebangkitan Argentina untuk merangkul pingat gangsa Piala Dunia Ragbi 2023.
Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan jumpa New Zealand di final
KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France.
Piala Dunia Ragbi: Maro Itoje yakin England mampu atasi Afrika Selatan untuk ke final
Dua pasukan seteru itu akan bertembung di Stade de France hujung minggu ini.
Kelayakan Euro 2024: Southgate yakin England boleh jadi juara Eropah selepas tewaskan Itali
Gareth Southgate berkata England sudah bersedia untuk mencabar Kejohanan Eropah selepas melayakkan diri ke Euro 2024