Kerajaan berhasrat mengabadikan pembangunan fasiliti sukan dengan anggaran kos lebih RM500 juta di sini, kepada ikon kepimpinan sukan negara, Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, projek 'Soccer City' itu adalah inisiatif Almarhum Sultan Ahmad Shah, ketika memimpin Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).
"Waktu itu saya Timbalan Presiden FAM, ini idea daripada Almarhum Sultan Ahmad Shah supaya pejabat AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan FAM berpindah ke Putrajaya. Ia telah dipermudahkan kerana Tuanku mengambil berat, memberikan tanah dan sebagainya.
"Jadi saya fikir wajar untuk menamakannya sebagai 'Sultan Ahmad Shah Soccer City' atau 'Sultan Ahmad Shah Soccer and Sports City' kerana Baginda merupakan aktivitis sukan negara yang unggul," katanya pada sidang media majlis pertukaran dokumen dan penyampaian insentif sukan Wilayah Persekutuan di sini, pada Selasa.
Annuar berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini, untuk merafak sembah pohon perkenan menggunakan nama Almarhum Paduka Ayahandanya secara rasmi.
Terdahulu, Annuar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyaksikan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim, bertukar dokumen dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dan Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John.
Pembangunan 'Soccer City' Putrajaya dengan keluasan 42.43 ekar (lebih 17 hektar) di Presint 5 melibatkan pembangunan sebuah stadium bola sepak berkapasiti 10,000 penonton milik AFC, ibu pejabat FAM serta pusat latihan bola sepak kebangsaan dan ibu pejabat AFF.
Annuar berkata, AFC sedia membelanjakan sekitar USD100 juta (kira-kira RM426 juta) untuk pembinaan stadium itu, manakala Pusat Latihan Harimau Malaya yang menelan kos RM45 juta, memerlukan peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Dalam usaha menjadikan Putrajaya sebagai 'Bandar Mesra Sukan', Annuar berkata, empat padang bola sepak komuniti dan kemudahan-kemudahan lain akan turut dibina di kawasan berhampiran.
Sementara itu, Stadium Ragbi Kebangsaan berkapasiti 5,000 orang dengan kos lebih kurang RM70 juta telah mula dibina di Presint 13, manakala pembangunan Kompleks Sukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), yang dilengkapi dengan kemudahan olahraga dan trek balapan menelan kos RM40 juta akan dimulakan dalam masa terdekat.
"Kesemua kemudahan ini dijangka siap secara berperingkat dalam masa tiga tahun lagi, iaitu pada 2023. Bangunan pejabat AFF telah siap, tinggal fasa kedua melibatkan bangunan kondominium.
"Stadium Ragbi dijangka siap dalam 18 bulan, iaitu pada suku ketiga 2022, manakala Kompleks Sukan MSWP baru hendak dimulakan dan dijangka siap awal 2023. Saya sangat gembira menggerakkan semula pembagunan ini, selepas terhenti seketika kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Saya mahu tambah padang awam kerana tidak mahu tempat itu menjadi eksklusif dengan premis pentadbiran, pusat latihan pasukan kebangsaan dan pusat AFC. Ia akan jadi terasing dari komuniti, jadi kita akan bangunkan padang bola dan kemudahan awam yang lain, supaya kawasan ini sentiasa hidup dengan masyarakat tempatan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) melawat pameran pada Majlis Pertukaran Dokumen dan Penyampaian Insentif Sukan Wilayah Persekutuan di Dewan Seri Siantan pada Selasa. - BERNAMA
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Nama Almarhum Sultan Ahmad Shah dicadang diabadikan pada 'Soccer City' Putrajaya
'Soccer City' itu adalah inisiatif Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika memimpin FAM.
Surat hasrat perjodohan, Sijil Nikah Sultan Abdullah-Tunku Azizah di Muzium Diraja
Beberapa dokumen pernikahan seperti buku atur cara pernikahan, sijil nikah, serta alas tempat akad nikah turut dipamerkan di Muzium Diraja.
Kenangan bersama Almarhum Sultan: Fazley buka cerita tentang 'Kotak Diraja'
Selebriti cef dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob berkongsi kenangan paling indah yang tidak dapat dilupakan oleh beliau sepanjang mengenali Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.