Nasib tidak menyebelahi Nigeria apabila terpaksa menanggung kekalahan 0-2 daripada gol sendiri dan penalti untuk Croatia kutip tiga mata dalam aksi kumpulan D.

Biarpun sering mengasak kubu lawan, Super Eagles gagal menyudahkan serangan menembusi gawang the Blazers.

Sepakan sudut pemain Real Madrid, Luka Modric minit ke-32 perlawanan disambut dengan tandukan Ante Rebic dan Mario Mandzukic sebelum terkena kaki Oghenekaro Etebo dan meleret melepasi jangkauan penjaga gol Nigeria, Francis Uzoho untuk gol pertama Croatia.

Pada minit ke-70, penalti perlawanan, Sandro Ricci memberikan penalti kepada Croatia, selepas William Ekong menjatuhkan Mandzukic.

Modric, selaku kapten pasukan tenang menyempurnakan tendangan untuk gol kedua Croatia sekali gus memastikan kemenangan pertama mereka dalam kempen kali ini.

Cabaran besar buat Nigeria apabila perlu menewaskan Iceland dan sekurang-kurangnya seri dengan Argentina untuk terus bernafas di Rusia.