TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal memegang jawatan setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akhirnya terjawab apabila berlangsungnya mesyuarat agung tahunan (AGM) di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma MOM, sebentar tadi.
Perebutan sengit dapat disaksikan apabila Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang meraih 49 undi, telah mengetepikan penyandang jawatan itu, Datuk Low Beng Choo, dengan hanya perbezaan satu undi, sekali gus mengakhiri tempoh sepenggal yang dipegangnya sejak 2015.
Pengumuman keputusan undian yang dilakukan oleh Pengerusi Panel Pemilihan MOM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, adalah berdasarkan undian daripada 97 perwakilan yang mewakili 35 persatuan sukan kebangsaan bagi memilih ahli lembaga MOM untuk penggal 2018-2021.
Untuk jawatan timbalan presiden MOM, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi telah mengatasi cabaran Datuk Megat Zulkarnain Omardin apabila meraih 54 undi berbanding 43 undi, menyaksikan tiada undi rosak.
Bagi jawatan naib presiden MOM, Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar, Datuk Ong Poh Eng, Datuk Shamala Subramaniam, Mahinda Vallipuram dan Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim diumumkan pemenang.
Datuk Amarjit Singh Gill pula dipilih selaku penolong bendahari selepas menerima 59 undi berbanding 37 yang diterima pencabarnya, Datuk Chong Kim Fatt, sekali gus akan menjadi penolong kepada Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin yang terlebih dahulu memenangi jawatan bendahari tanpa bertanding.
Datuk Seri Norza Zakaria sebelum ini menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM selepas tiada pencabar apabila tamat penamaan calon pada 24 April lalu.
KEPUTUSAN PEMEGANG JAWATAN DAN AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM) BAGI PENGGAL 2018-2021
Presiden:
Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden (1 jawatan):
1) Datuk Megat Zulkarnain Omardin: 43 undi
2) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi: 54 undi (*)
Naib Presiden (5 jawatan):
1) Datuk Dr Zakaria Ahmad: 42 undi
2) Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar: 84 undi (*)
3) Datuk Ong Poh Eng: 69 undi (*)
4) Datuk Nur Azmi Ahmad: 46 undi
5) Mahinda Vallipuram: 47 undi (*)
6) Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim: 49 undi (*)
7) Datuk Shamala Subramaniam: 73 undi (*)
8) Datuk Mohamad Taufik Omar: 39 undi
9) Nik Razeen Adam Daud: 36 undi
Setiausaha Agung (1 jawatan)
1) Datuk Low Beng Choo: 48 undi
2) Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib: 49 undi (*)
Penolong Setiausaha Agung Lelaki
Chan Foong Keong
Penolong Setiausaha Agung Wanita
Moira Tan Siew See
Bendahari
Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin
Penolong Bendahari (1 jawatan)
1) Datuk Amarjit Singh Gill: 39 undi (*)
2) Datuk Chong Kim Fatt: 37 undi
*Menang
Astro Arena
Sat May 05 2018
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang meraih 49 undi, telah mengetepikan penyandang jawatan itu, Datuk Low Beng Choo, dengan hanya perbezaan satu undi. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
KLBA harap dapat lampu hijau DBKL guna venue baharu
Persatuan Badminton Kuala Lumpur berharap untuk memperoleh lampu hijau bagi menggunakan Arena Badminton DBKL Cheras yang baru dibina, menjelang awal tahun depan.
Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS.
Permasalahan hari ini harus diperbetulkan dari akarnya - Jahaberdeen
Hari ini kita sedang sibuk 'memadamkan api', sedangkan punca dan akarnya tidak dikenal pasti dan diperbaiki.
Perikatan Nasional boleh 'pinjam' manifesto dari mana-mana parti - Jahaberdeen
Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.
Agenda AWANI Plus: 'Rakaman ini bukan gosip siapa tidur dengan siapa?' - Syahredzan
Medan debat dalam Agenda AWANI Plus menjadi hangat bukan sebab apa, topik pilihan sememangnya menjadi topik bersembang dalam kalangan masyarakat selama beberapa hari.
Nazifuddin setiausaha agung MOM yang baru
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang meraih 49 undi, telah mengetepikan penyandang jawatan itu, Datuk Low Beng Choo, dengan hanya perbezaan satu undi.
Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar sebagai Presiden MOM.
Saman Mukhriz terhadap Tengku Sharifuddin semata-mata bertujuan politik, kata peguam
Menurut peguamnya, kenyataan Tengku Sharifuddin tidak merujuk kepada Mukhriz dan sesiapa yang membacanya tidak mungkin membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu memfitnah plaintif.