TAHUN lalu, Paris Saint Germain PSG mengejutkan dunia bola sepak apabila berjaya mendapatkan Neymar daripada Barcelona dengan nilai 198 juta pound .

Ia sekaligus menjadikan penyerang sensasi Brazil itu sebagai pemain termahal dunia.

Rekod berkenaan mungkin akan terpadam tahun ini. Menariknya, siapa yang bakal jadi pemain termahal dunia tetap orang yang sama, Neymar.

Menurut laporan media Perancis Le 10 Sport, Manchester United dilaporkan sanggup membayar 443 juta pound bagi mendapatkan khidmat penjaring berbisa itu.

Mengapa The Red Devils sanggup membuat pelaburan sebesar itu? Jawapannya kerana Neymar bukan calang-calang pemain.

Buktinya baru 22 perlawanan bersama PSG, penyerang prolifik berusia 25 tahun itu sudah meledak 20 jaringan.

BACA: Neymar bukan lagi bayang-bayang Messi

Memahami betapa cerewetnya pengurus Manchester United, Jose Mourinho dalam memilih pemain bagi membarisi skuadnya, kesungguhan untuk mendapatkan Neymar kerana kelab itu ketandusan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara -Juara Eropah sejak beberapa musim lalu.

BACA: Jual mahal, Manchester City rela lupakan Alexis Sanchez

Kehadiran Neymar mungkin penawar paling mujarab bagi United memadam badi berkenaan.

Bukan hanya United, gergasi bola sepak Sepanyol Real Madrid juga dilaporkan berminat untuk membawa kembali Neymar ke kancah La Liga selepas berdepan prestasi mengecewakan musim ini.