SELEPAS merasmikan jersi baru pada Jumaat, Neymar memberitahu kepada penyokong Paris Saint-Germain (PSG) bahawa dia mahu kekal bersama pasukan.

Khabar angin menyatakan bahawa pemain termahal dunia, Neymar, bakal berhijrah selepas semusim bersama PSG, dan Real Madrid menjadi destinasinya.

Pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane, menjelaskan bahawa Neymar mampu menghasilkan gandingan bersama Cristiano Ronaldo.

Tetapi bintang Brazil yang sedang dalam proses pemulihan kecederaan patah metatarsal memuat naik ke Twitter dan memberikan bayangan bahawa dia akan kekal di Paris.

"Sangat berbangga menyarung jersi PSG dan mahu terus menghiburkan anda," kata Neymar.