Berita  | Sukan

Neymar terlepas Copa America, berehat selama empat minggu

Neymar terlepas Copa America, berehat selama empat minggu
Neymar diketepikan daripada skuad Copa America Brazil akibat kecederaan yang dialami sewaktu menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi persahabatan. - Foto Astro Arena
PARIS Saint-Germain (PSG) menjangkakan Neymar akan pulih dalam tempoh empat minggu setelah pemain Brazil itu mengalami kecederaan buku lali ketika tugasan antarabangsa.

Neymar diketepikan daripada skuad Copa America Brazil akibat kecederaan yang dialami  sewaktu menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi persahabatan.

Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan padang dalam keadaan menangis menuju bilik persalinan sebelum pihak Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan penggempur PSG itu tidak akan beraksi dalam Copa America yang bermulam 14 Jun nanti.
PSG memeriksa Neymar dan juara Ligue 1 itu berkata dia tidak memerlukan pembedahan setelah dirawat oleh doktor kelab.

"Semalam, doktor skuad utama PSG, Dr Laurent Aumont, serta pihak pengurusan dan tokoh perubatan, Profesor Gerard Saillant, mengesahkan kecederaan yang dialami Neymar ketika aksi persiapan Brazil menjelang Copa America Rabu lalu," kata wakil PSG.

"Dua doktor melihat wujud masalah di bahagian tisu buku lali kanan tapa keperluan pembedahan. Ia cuma perlu dipantau dengan baik.

"Penyerang PSG itu dijangka kembali selepas empat minggu berehat."


Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro


Tag: Brazil, Paris, Qatar, Paris Saint-Germain, Neymar, Copa America Brazil, Persekutuan Bolasepak Brazi, CBF, Neymar cedera, dakwaan rogol


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.