Juara dunia tujuh kali, Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan kejuaraan skuasy Siri Akhir Dunia 2013 selepas edisi sulung tahun lepas apabila mengalahkan Laura Massaro pada final di London, hari ini.
Dalam perlawanan akhir di The Queens Club, Nicol, ratu skuasy negara, mengalahkan pemain tuan rumah itu 3-0 dalam masa 37 minit.
Nicol memulakan saingan dengan cemerlang dengan mengawal perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan 11-3, 11-2 sebelum menerima tentangan pada set ketiga.
Bagaimanapun, Nicol, yang berstatus pemain nombor satu dunia, berjaya mengatasi Massaro 11-9 pada set penentuan.
"Seperti diramal, ini merupakan perlawanan yang baik. Saya terpaksa memulakan langkah dengan lebih gigih kerana Massaro mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri," kata pemain berusia 29 tahun itu.
Semasa ditemu bual oleh stesen televisyen, SkySports, Nicol berkata impian beliau adalah untuk melihat sukan itu dapat disenaraikan dalam temasya Sukan Olimpik.
Bernama
Sun Jan 06 2013
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Nicol David juara Siri Akhir Dunia 2013
Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan kejuaraan skuasy Siri Akhir Dunia 2013 selepas edisi sulung tahun lepas