Berita  | Sukan

Nissan lantik Naomi Osaka jadi duta baharu

Nissan lantik Naomi Osaka jadi duta baharu
Naomi Osaka bersama piala kejohanan Gran Slam yang diunggulinya baru-baru ini - Foto REUTERS
YOKOHAMA: Syarikat permotoran Jepun, Nissan Motor Co, pada Khamis mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani juara Tennis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka, sebagai duta jenama berkenaan bagi menarik minat lebih ramai lagi pelanggan yang lebih muda

Osaka, 20, telah menempa kejayaan antarabangsa itu pada Sabtu lalu apabila beliau mengalahkan pemain tenis AS, Serena Williams yang berusia 36 tahun di Flushing Meadows dan seterusnya menjadi pemain Jepun pertama mengungguli kejohanan perseorangan Grand Slam tersebut.
Ibu Osaka yang berbangsa Jepun telah mengahwini lelaki keturunan Haiti-Amerika membesarkan Osaka di AS. Dengan kemenangannya baru-baru ini, Osaka berjaya memenangi hati peminat dengan sifatnya yang sangat merendah diri.

BACA: 'Saya berasa seperti kanak-kanak semula' - Naomi Osaka

Antara beberapa syarikat lain telah melantik Osaka sebagai duta termasuklah Adidas AG, Yonex Co, Nissin Foods Co, Wowow Inc dan Citizen Watch Co.

Osaka merupakan ikon sukan terkini yang boleh meminjamkan popularitinya kepada Nissan selepas pelari Jamaica, Usain Bolt, berkhidmat sebagai 'penggiat pengarah global' untuk mempromosikan GT-R dari 2012 hingga 2016.

Tahun lepas, Nissan menandatangani pelakon wanita Australia Margot Robbie, yang telah mempromosikan kenderaan elektriknya.