ATLET baling tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer, melakar sejarah baru apabila berjaya memecah rekod Sukan SEA dan kebangsaan sekaligus meraih pingat emas di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Jackie melakar catatan 65.90 meter dalam percubaan keempat selepas mempamerkan balingan konsisten daripada percubaan pertama.

Atlet berusia 25 tahun itu berjaya memecahkan rekod milik Caleb John Stuart (Filipina), 65.63m yang dilakarnya di Singapura, dua tahun lalu.

Pingat perak menjadi milik atlet Thailand, Kittipong Boonmawan dengan catatan 65.49m sementara Ferrera Arniel dari Filipina membawa pulang gangsa dengan catatan 55.94m.