Jalur Gemilang berkibar buat pertama kalinya ketika majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan, malam tadi.

Ia satu saat bersejarah buat negara kerana Malaysia tidak pernah bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelum ini.

Peluncur ais Julian Yee diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera di Stadium Olimpik Pyeongchang.

Kontinjen Malaysia yang menampilkan dua atlet, Julian dan peluncur alpine ski Jeffrey Web , merupakan antara kontinjen terkecil dalam kalangan 92 negara membabitkan hampir 3,000 atlet bertanding.

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan pengiraan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan kepada baki purata minima bulanan iaitu sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tidak ada sebarang sasaran besar ditetapkan buat Julian dan Jeffrey.

Masing-masing akan bertanding pada 16 dan 18 Februari ini.