Olimpik Pyeongchang 2018 : Malaysia catat sejarah penyertaan sulung

|

Julian Yee diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera buat Malaysia.-Foto laman web pyeongchang.olympicchannel

PYEONGCHANG : : Jalur Gemilang berkibar buat pertama kalinya ketika majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan, malam tadi.

Ia satu saat bersejarah buat negara kerana Malaysia tidak pernah bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelum ini.

Peluncur ais Julian Yee diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera di Stadium Olimpik Pyeongchang.

Kontinjen Malaysia yang menampilkan  dua atlet, Julian dan peluncur alpine ski Jeffrey Web , merupakan  antara kontinjen terkecil dalam kalangan 92 negara membabitkan hampir 3,000 atlet bertanding.



Tidak ada sebarang sasaran besar ditetapkan buat Julian dan Jeffrey.

Masing-masing akan bertanding pada 16 dan 18 Februari ini.
Outbrain