DUNIA sukan digemparkan dengan komen-komen negatif berupa kecaman daripada pengguna media sosial kepada atlet papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi.

Ia berkaitan tahap prestasi anak muda itu menerusi acara yang disertainya dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Kecaman tersebut juga telah menyebabkan Fatin, yang mewakili negara menerusi acaranya dalam Sukan Asia 2018, memadam kesemua foto di Instagram peribadinya beberapa hari lalu.

Mujur ada juga yang masih memberikan kata-kata semangat buat Fatin untuk sentiasa cekal dalam acara sukan tersebut.

Bukan calang-calang figura yang memberikan kata semangat kepada Fatin. Antaranya adalah atlet profesional papan selaju, Tony Hawk dan penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai.

Tony Hawk menerusi ruangan komen di Instagram menyifatkan netizen yang melontarkan kata-kata negatif itu sebagai mereka yang tiada keyakinan diri sehingga menyebabkan tiada keberanian untuk capai impian mereka.

Tony Hawk menerusi ruangan komen di Instagram menyifatkan netizen yang melontarkan kata0kata negatif itu sebagai mereka yang tiada keyakinan diri.

Yuna turut memuat naik surat terbuka kepada Fatin menerusi akaun Twitter beliau.


Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak bersetuju dengan kata-kata negatif dari netizen buat atlet berusia 16 tahun itu.


Katanya, bukan mudah buat anak muda seusia itu berada pada tahap mewakili negara dalam acara sukan terkemuka.

Bagaimanapun, ada juga penyokong Fatin dari negara jiran seperti Indonesia yang mengharapkan atlet muda itu terus mencapai cita-citanya.

Ada juga penyokong Fatin dari negara Jiran seperti Indonesia yang mengharapkan atlet muda itu terus mencapai cita-citanya.

Sehubungan kes ini, pemerhati umum juga menzahirkan pandangan yang pelbagai, termasuk mendesak tumpuan serius diberikan terhadap hal-hal pengurusan acara sukan tersebut di negara ini.

Walau apapun, perkara yang sama penting untuk diberi perhatian adalah mengenai lemparan kata-kata negatif yang disampaikan kepada individu bernama Fatin ini.

Pembulian dalam ruang maya, kecaman yang menjejas psikologi remaja, dan maklum balas yang mampu membunuh minat serta cita-cita juga perlu dihentikan sama sekali.

Wahai rakyat Malaysia... jika orang luar negara mampu beri sokongan padu kepada atlet negara, mengapa tidak kita?