Padang Stadium Nasional Bukit Jalil tidak terjejas selepas perhimpunan ulang tahun gergasi yang menyaksikan venue utama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu dibanjiri sekitar 60 ribu rakyat Malaysia, semalam.

Ramai yang bimbang mengenai keadaan padang stadium selepas menganjurkan perhimpunan gergasi.

Begitupun, tinjauan Nadi Arena mendapati semua kemudahan kekal dalam keadaan terbaik terutamanya rumput 'nasional grass' yang ditanam sejak awal tahun ini.

Ia cukup melegakan kerana jika rosak, rumput ini akan mengambil masa lama untuk pulih sekaligus menjejaskan persiapan menjelang Sukan SEA.

'National grass' dapat bertahan dengan baik sekaligus membuktikan ia lulus ujian sulung.

Ujian kedua akan menyusul 19 Mei ini apabila enam pasukan dijemput mengadakan aksi persahabatan untuk menguji kekuatan rumput.

Pasukan itu ialah Shah Alam Antlers, Subang City FC, BNM FC, Pemanis FC, Majidee83 FC dan Kelab Bola Sepak Kupang.

Malah, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyatakan kesediaan jika Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue final Piala FA 2017.