Pasukan Pahang mencipta kejutan dengan mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan juara bertahan Johor Darul Ta''zim (JDT) menerusi agregat 4-3 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada Ahad malam.
Dalam aksi timbal balas di hadapan 23,420 penonton di gelanggang lawan itu, Pahang hanya menjaringkan satu gol berbanding dua oleh JDT.
Bagaimanapun, kemenangan diberikan kepada skuad Tok Gajah kerana memiliki kelebihan tiga gol pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur pada 1 April lepas.
Pada perlawanan malam tadi, JDT membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pemain import Gonzalo Cabrera yang memanfaatkan kealpaan barisan pertahanan lawan untuk menyempurnakan hantaran Safiq Rahim.
Selang 17 minit, tuan rumah terus menambah derita skuad bimbingan Dollah Salleh apabila Gabriel Guerra meletakkan JDT selesa di depan untuk mendahului 2-0.
Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Tok Gajah memperkemaskan pertahanannya dan lebih berhati-hati dalam melakukan gerakan untuk melancarkan serangan.
Bagaimanapun, keputusan kekal hingga tamat masa pertama.
Memasuki babak kedua, JDT dan Pahang terpaksa bermain berhempas pulas untuk mencari satu lagi gol kelebihan.
Namun, ternyata tuah hadir kepada Pahang pada minit ke-86 apabila Sumareh Mohamadou menanduk masuk hantaran Muhd Nurridzuan Abu Hassan.
Jaringan tersebut sekaligus memusnahkan impian skuad Harimau Selatan untuk mengekalkan kejuaraannya, musim ini.
Pahang akan bertemu Negeri Sembilan pada peringkat separuh akhir yang dijadual pada 28 atau 29 April ini. --BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
Pemain JDT Gabriel Miguel Guerra melakukan tendangan sambil dihalang pemain pertahanan Pahang Jaewon Heo pada perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru, 23 April, 2017. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.