Pakar pendakian dijangka meneruskan penguasaan jersi kuning (juara keseluruhan) apabila kejohanan berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 bermula secara rasmi di sini, hari ini.
Pasukan Manzana Postobon dari Colombia yang tampil kali pertama dijangka menjadi antara pasukan yang perlu diberi perhatian memandangkan sebahagian besar daripada enam pelumbanya merupakan pakar pendakian dengan purata umur mereka adalah 24 tahun.
Daniel Alexander Jaramillo Diaz dari Colombia yang mewakili pasukan pro benua UnitedHealthcare, dijangka menjadi pesaing terhebat pasukan dari Amerika Latin itu selepas meraih tempat kedua individu keseluruhan pada edisi 2016, di belakang Reinardt Janse van Rensburg (Dimension Data).
Rekod terdahulu menyaksikan beberapa pakar pendakian dari Colombia pernah memenangi jersi kuning walaupun saingan awal peringkat perlumbaan dikuasai pelumba pecut.
Ini termasuk Jose Serpa ketika mewakili Diquigiovanni-Androni pada 2009 dan Androni Giocattoli-Venezuela pada 2012 selain Julian Arredondo dari pasukan Nippo-De Rosa pada 2013.
Laluan kelima LTdL 2017 sejauh 174.4km dari Seri Manjung ke Cameron Highlands disifatkan laluan paling mencabar kerana pelumba perlu mendaki laluan setinggi 1,450 meter dari aras laut, yang mampu menjadi penentu pemilik sebenar jersi kuning pada edisi ke-22 perlumbaan.
Selain itu, saingan lebih terbuka bagi perebutan jersi putih (pelumba terbaik Asia) turut menjadi tarikan selepas penyandang, Muhd Adiq Husainie Othman dari pasukan Terengganu Cycling Team menarik diri akibat kecederaan.
Ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalil yang melihat peluang terbuka untuk pelumba daripada beberapa pasukan benua seperti KSPO dari Korea Selatan dan pasukan KFC dari Indonesia yang membariskan pelumba terbaik kali ini.
"KSPO menghantar enam pelumba terbaik mereka dan ada juga beberapa pelumba Indonesia yang akan mengambil bahagian tahun ini...jadi perebutan jersi putih tetap terbuka.
"Saya percaya ada juga kemungkinan seorang pelumba asing yang mewakili pasukan benua Malaysia, mampu meraih jersi putih tapi tentunya dia bukan pelumba tempatan," kata Emir.
Pengurangan peruntukan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan yang diterima penganjur, Ciclista Sports Sdn Bhd daripada RM16 juta kepada RM11 juta tahun ini menyaksikan laluan tradisi iaitu Pulau Langkawi terpaksa digugurkan.
Kejohanan Berbasikal LTdL 2017 bakal melibatkan lapan peringkat dengan jarak keseluruhan sejauh 1,222.2km.
Peringkat pertama bermula dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8km, peringkat kedua Jerteh-Gerik (208.1km), peringkat ketiga Serdang-Pantai Remis (118km) dan peringkat keempat dari Seri Manjung ke Cameron Highlands sejauh 174.4km.
Peringkat kelima bermula dari Meru Raya ke Kuala Kubu Bharu sejauh 151.5km, peringkat keenam Senawang-Muar (176.3km), peringkat ketujuh Melaka-Rembau (148.1km) sebelum peringkat terakhir dari Setiawangsa ke Putrajaya sejauh 121km.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
Pakar pendakian dijangka meneruskan penguasaan jersi kuning apabila kejohanan berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017. - fotoBERNAMA
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Pakar pendakian diramal teruskan dominasi jersi kuning
Pakar pendakian dijangka meneruskan penguasaan jersi kuning (juara keseluruhan) apabila kejohanan berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 bermula secara rasmi di sini, esok.