PEMILIK Vida Beauty Sdn Bhd dan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Hasmiza Othman mahu mengadakan perlawanan persahabatan di antara Pamoga Qu Puteh TRW dengan juara Liga Super 2015 Johor Darul Takzim (JDT).

Hasrat itu diluahkan Datuk Seri Vida ketika memeteraikan perjanjian penajaan sebanyak RM16juta kepada Kelantan di majlis yang berlangsung di Medan Mara, Kuala Lumpur.

Ratusan peminat hadir bagi menyaksikan detik tersebut yang dianggap penting dalam mengukuhkan kembali bola sepak Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.

Di samping Qu Puteh, Chengal Jati turut menaja sebanyak RM3 juta untuk pasukan itu.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan ketika ini masih ada empat hingga lima penaja yang belum selesai berunding.