RATU terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad Fitri Saari adalah antara 5,279 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2018.
Pandelela, 25, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, dan Mohammad Fitri, 25, bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan.
Dalam kenyataan dikeluarkan UM di sini pada Jumaat, Pandelela berkata tenaga pengajar dan rakan-rakan sekuliah banyak membantunya dalam subjek yang dipelajari.
"Selain bergelut dengan tugasan serta kelas dan pada masa sama membuat persiapan menyertai pertandingan terjun di pelbagai peringkat menyebabkan saya perlu bijak membahagikan masa," katanya.
Mohammad Fitri pula melahirkan perasaan sedikit terkilan kerana tidak dapat beraksi pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Oman mulai kelmarin (Khamis) kerana memilih menghadiri majlis konvokesyen itu.
"Bukan mudah membuat pilihan, namun saya memilih menjayakan majlis graduasi ini kerana ia bukanlah acara yang setiap hari boleh saya sertai.
"Selain itu, saya mahu meraikan pengorbanan diri saya, keluarga dan rakan-rakan serta tenaga pengajar yang banyak berkorban untuk saya menggenggam segulung ijazah," katanya.
Kedua-dua atlet negara itu dijadual menerima ijazah masing-masing pada Selasa (23 Okt).
Dua lagi atlet yang bakal menerima ijazah masing-masing ialah atlet taekwondo Ryan Chong Wy Lunn dan pemain futsal Nurul Atiqah Zaifulizan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Pandelela, 25, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, dan Mohammad Fitri, 25, bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan. - Foto fail Bernama
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah, graduan perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.