Atlet terjun negara, Pandelela Rinong terus menambah koleksi pingatnya dengan memperoleh satu lagi pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada menerusi acara 10m platform wanita, pada Sabtu.
Atlet dari Sarawak berusia 26 tahun itu memperoleh 337.55 mata untuk menduduki tempat ketiga selepas permulaan yang perlahan dengan tempat kelima pada terjunan pertama tetapi dapat mengembalikan rentak dan menaiki podium, akhirnya.
Pemenang pingat gangsa Olimpik sebanyak dua kali, Meaghan Benfeito menggembirakan penyokong tuan rumah apabila memenangi pingat emas dengan catatan 355.10 dengan ketiadaan penerjun-penerjun dari China dan wakil Rusia, Luliia Timoshinina di tempat kedua dengan 347.40 mata.
Penerjun dari China tidak mengambil bahagian dalam pertandingan ini susulan wabak virus COVID-19, di negara itu.
Pada hari pembukaan (Jumaat di Kanada), Pandelela bersama gandingannya Leong Mun Yee memperoleh pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 01 2020
Pandelela memperoleh 337.55 mata untuk menduduki tempat ketiga. - Gambar fail
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.
Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.
Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Kanada naikkan syarat kos sara hidup pelajar antarabangsa
Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.
India keluar semula visa untuk warga Kanada
India memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa kemasukan, perniagaan, perubatan dan persidangan.
3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada.
India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
Veteran Nazi, keluarga bersembunyi selepas skandal di Parlimen Kanada
Veteran Nazi Ukraine Yaroslav Hunka dan keluarganya kini bersembunyi berikutan skandal di Parlimen Kanada, Sputnik memetik laporan saluran televisyen CBC.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.