KEMERIAHAN Tahun Baharu Cina turut disambut bintang bola sepak Arsenal apabila mereka turut memberi ucapan tahun baharu.

Menariknya ucapan yang dimuat naik menerusi video di platform Baidu itu dibuat dalam Bahasa Mandarin.
Antara bintang Arsenal yang membintangi video berkenaan ialah Mesut Özil, Aaron Ramsey, and Alex Iwobi.

Mereka turut mengucapkan beberapa frasa yang sering disebut semasa Tahun Baharu Cina seperti Xin Nian Kuai Le (selamat tahun baharu) dan Gong Xi Fa Cai (Tahniah dan semoga berbahagia), serta Hong Bao Na Lai (berikan saya angpow).

Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.


Arsenal sebelum ini melancarkan kedai digital mereka di TMALL, platform e-dagang terkemuka China, selain melancarkan pelbagai kempen lain yang menfokuskan kepada peminat di China.

Begitupun video ucapan Tahun Baharu Cina ini bukan sesuatu yang baru buat Arsenal, malah ia merupakan video ketiga seumpamanya.

Kali pertama kelab itu melancarkan video ucapan Tahun Baharu Cina ialah pada 2014.