Finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016 Muhammad Haziq Azeman yang menghidap kanser darah tahap tiga meninggal dunia pada jam 11.10 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di ibu negara malam tadi.

Allahyarham yang dikenali dengan gelaran Haziq 'Messi' sebelum ini dilaporkan menghidap t-lymphoblastic lymphoma sejak Februari lalu.

Beliau merupakan antara pemain terbaik dalam program tersebut daripada 16 pemain dari Malaysia,Filipina serta Singapura dan pernah terpilih menjalani latihan antarabangsa di Barcelona pada Disember 2016.

Allahyarham dikesan mengidap penyakit berkenaan sejak Februari lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.