Berita  | Sukan

Pengalaman bersama skateboarder pro di bulan Ramadan

Pengalaman bersama skateboarder pro di bulan Ramadan
Namun, kini semuanya lebih mudah dengan Huawei P30 Pro yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap sebuah kamera DSLR dan fungsi rakaman wide angle. - Foto Astro AWANI
MERAKAM visual dan papan selaju tidak dapat dipisahkan.

Sejak mula berkecimpung dalam sukan papan selaju pada 1994, usaha mendokumentasi sejarah bermulanya papan selaju di Pulau Pinang adalah satu yang amat penting, menerusi fotografi dan video.

Lensa kanta luas ataupun wide angle menjadi keperluan utama bagi merakam visual dan gambar bermain papan selaju sejak berjinak dengan kamera SLR pada 1995.

Sebelum wujudnya action cam, kamera dengan kanta ‘fish eye’ atau wide angle wajib dimiliki seseorang yang merakam aktiviti papan selaju.

Namun, kini semuanya lebih mudah dengan Huawei P30 Pro yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap sebuah kamera DSLR dan fungsi rakaman wide angle.


Sebelum mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan ‘skateboarders’ saya untuk berbuka puasa, saya mendapat notifikasi bahawa salah sebuah kedai menjual papan selaju mengadakan jualan murah sempena Aidilfitri ini.
Saya terus bergegas untuk mendapatkan papan baru bagi menggantikan papan yang sudah lama digunakan.

Ian Johan Arif

Sampai di kedai tersebut, terlupa pula untuk mengeluarkan wang tunai dan membawa kad debit untuk membayar barangan yang dibeli.

Mujur dengan cip Near-Field Communication (NFC) yang ada pada P30 Pro, saya boleh membuat pembayaran dengan aplikasi e-wallet yang dimuat turun pada telefon pintar itu.

Sampai saja di skate park, saya berjumpa dengan Ian Iman yang pernah mewakili negara ke Sukan Asia Indonesia tahun lepas dalam sukan papan selaju.

Baru berusia 11 tahun, Ian sudah mampu bermain seperti pemain papan selaju yang jauh lebih tua daripadanya.

Dengan fungsi wide angle yang ada pada P30 Pro dan zoom sehingga 50X, saya boleh merakam aksi Ian dari jarak dekat dan juga jauh.

Ian turut kagum dengan fungsi dan kemampuan P30 Pro yang mempunyai fungsi wide angle manakala video yang dirakam amat stabil, justeru tidak sabar untuk menyaksikan hasil rakaman yang sudah diedit nanti.

Rakaman yang saya buat menggunakan P30 Pro sambil meluncur menggunakan papan selaju amat stabil dengan fungsi Dual OIS Stabilisation yang ada pada telefon itu.

Huawei AIS dan OIS menyokong visual yang lebih stabil terutama sekali apabila merakam visual semasa meluncur ataupun berjalan.

Untuk tujuan itu, saya memindahkan kesemua rakaman ke komputer riba Huawei Matebook 13 untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi.

Mudah sahaja nak memindahkan fail-fail tersebut ke Matebook 13, yang juga ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Dengan menggunakan Huawei Share One Hop, saya hanya perlu tap atau meletakkan P30 Pro pada Matebook 13 dan ia dipindahkan serta merta.

Matebook 13 akan dihubungkan menggunakan cip NFC yang ada pada komputer tersebut dan juga NFC pada P30 Pro.

Dengan semua fungsi yang ada, saya tidak perlu lagi membawa komputer riba yang berat, pelbagai jenis lensa untuk kamera DSLR dan kalau terlupa kad ATM sekalipun, boleh membeli keperluan dengan fungsi-fungsi terkini yang ada pada Huawei P30 Pro.

P30 Pro nyata menjimatkan masa dan memudahkan tugas saya, terutama sekali pada bulan Ramadan, mengejar masa untuk ke skate park, berbuka puasa dan sembahyang tarawih.