Berita  | Sukan

Pengalaman kelebihan Liverpool - Klopp

Pengalaman kelebihan Liverpool - Klopp
Jurgen Klopp berasa pengalaman Liverpool di UCL merupakan kelebihan yang ada pada pasukannya. - Foto Stadium Astro.
Jurgen Klopp berasakan peningkatan pengalaman Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) penting dalam memastikan kemenangan agregat 6-1 mengatasi Porto di peringkat suku akhir.

The Reds merupakan satu-satunya pasukan daripada edisi 2017-18 untuk melangkah ke separuh akhir dan melakukannya dengan penuh bergaya apabila meraih kemenangan 4-1 dalam aksi timbal balik di Estadio do Dragao, awal pagi tadi.

Sadio Mane membuka jaringan sebelum diikuti oleh gol Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Virgil van Dijk di samping cemerlang menyerap tekanan yang diberikan oleh Porto.
Kehadiran Jordan Henderson dan Firmino dalam separuh masa kedua mengurangkan asakan daripada tuan rumah dan Klopp mendedahkan ia merupakan sebahagian daripada perancangannya.

"Dalam separuh masa kedua, jelas sekali tahap kecergasan pemain-pemain Porto mula berkurangan, jadi kami mengambil peluang itu untuk mengawal permainan dan menjaringkan seberapa banyak gol yang mungkin," kata Klopp.

"Porto memberikan banyak tekanan sejak awal permainan, namun gagal kekal konsisten. Kami sudah menjangkakannya dan kehadiran Firmino dan Henderson berhasil.

"Kami lebih berpengalaman dalam perlawanan ini. Kami berdepan lawan sukar (Manchester City dan Roma tahun lalu), dan kami sudah menjangkakan pendekatan lawan kami. Mereka mempamerkan aksi yang berbeza ketika beraksi di laman sendiri.

"Saya berasakan kami adalah satu-satunya pasukan yang melangkah ke separuh akhir sejak tahun lalu. Jadi, ini adalah perkara yang istimewa buat Liverpool."

Menjelang pertemuan dengan Barcelona di peringkat separuh akhir, Klopp berkata lagi, "Ini merupakan kali pertama saya akan berdepan Barcelona dan kami tidak sabar untuk menantinya."

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro