Biarpun belum sembuh sepenuhnya daripada jangkitan demam virus, jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang percaya pengalaman dan skil kayuhannya akan membantu kontinjen negara meraih pingat di Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia, bulan depan.
Bekas juara dunia itu berkata, pada penampilannya kali ini bukan atas tiket individu tetapi berpasukan apabila melihat prestasi rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom lebih baik berbanding dirinya ketika ini.
Beliau berkata, sekiranya kedua-dua mereka layak ke final pada temasya itu, beliau bersedia memberi laluan kepada kepada Muhammad Shah untuk meraih pingat buat kontinjen negara.
"Kami memang berharap untuk pulang dengan pingat tanpa mengira warna," katanya pada sidang media mengenai persediaan atlet program Podium di Institut Sukan Negara (ISN) di sini, hari ini.
Azizulhasni, pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014, berkata, beliau tidak akan mensia-siakan peluang dan akan menggunakan pengalaman serta skil yang ada untuk berjuang habis-habisan di Gold Coast.
Beliau yang berlatih di Melbourne lebih 10 tahun itu, berkata beraksi di Gold Coast juga ibarat berlumba di laman sendiri dan beliau turut teruja untuk mempamerkan kayuhan terbaik di hadapan penyokongnya di sana.
"Pada latihan dalam minggu ini, saya lihat corak kayuhan semakin bagus walaupun tidak setara dengan prestasi saya ketika Kejohanan Trek Berbasikal Asia baru-baru ini.
"Acara keirin ini tidak bergantung pada prestasi sahaja tetapi faktor lain seperti pengalaman, skil, taktik kayuhan serta elemen nasib juga mempengaruhi pada hari perlumbaan.
Jurulatih (John Beasley) percaya saya boleh kawal tekanan itu dan pengalaman saya boleh menutupi defisit 30 peratus kekurangan prestasi saya ketika ini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018
AZIZULHASNI Awang menegaskan penampilannya kali ini bukan atas tiket individu tetapi berpasukan apabila melihat prestasi rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom lebih baik berbanding dirinya ketika ini. - Foto BERNAMA/Fail
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Muhammad Shah Firdaus mungkin terlepas peluang tambah mata kelayakan
Muhammad Shah Firdaus berkemungkinan terlepas aksi di UCI 2024 (Nations Cup) kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Selasa lepas.
Azizulhasni hampir 'ditendang' kerana sokong Gaza
Sejurus memenangi perlumbaan tersebut ketika itu, dia mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.
The Pocket Rocketman kembali jalani latihan dua, tiga minggu lagi
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dijangka kembali menjalani latihan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, selepas kecederaan dialaminya pulih sepenuhnya.
Shah Firdaus, Ridzwan galas cabaran di suku akhir pecut individu
Muhammad Shah dan adiknya Muhammad Ridwan, mara ke suku akhir acara pecut individu lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou pada Rabu.