Penganjuran acara perlumbaan basikal berprestij di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan tetap diteruskan tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"LTdL adalah acara sukan ikonik kepada Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama selepas menyertai acara berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur sempena karnival ASEAN Cycle Fest 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.
"Kita (KBS) telah mengenal pasti penganjur baharu. Daripada dua yang disenarai pendek, kita akan umumkan nama syarikat penganjur baharu itu minggu depan," katanya.
Menurut Khairy, sejumlah empat syarikat termasuk penganjur terdahulu iaitu Human Voyage Sdn Bhd telah membida untuk menjadi penganjur.
Selepas dibuat penelitian oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh, hanya dua syarikat disenarai pendek.
Antara kriteria pemilihan syarikat penganjur berkenaan, menurut Khairy, ialah perlu mempunyai pengalaman menganjurkan perlumbaan berbasikal jelajah.
Walaupun baru saja dimaklumkan secara lisan kepada syarikat berkenaan, Khairy berkata beliau diberitahu bahawa mereka sudah mendapat persetujuan awal daripada 30 pasukan.
"LTdL perlu kita bina semula profilnya...jadi kita perlukan penajaan daripada syarikat swasta di negara ini. Saya rasa inilah masanya syarikat besar di negara ini menjadi penaja acara LTdL kerana acara berbasikal sebenarnya semakin meningkat.
"Saya harap syarikat swasta tidak lihat hanya kepada sukan glamour sahaja seperti golf. Sebaliknya, LTdL juga boleh jadi platform pemasaran mereka," katanya.
Menurut Khairy, untuk meningkatkan prestij LTdL di rantau Asia, ia memerlukan penajaan besar memandangkan kini, wujud persaingan khususnya dari negara Asia Barat seperti Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata KBS sedang menyediakan pelan pembangunan berbasikal lebuh raya untuk tempoh lima tahun.
"Kita (KBS) ada rancangan jangka masa panjang untuk acara berbasikal lebuh raya. Seperti diketahui umum, berbasikal lebuh raya kita masih jauh ketinggalan (berbanding negara Asia Tenggara lain)," katanya.
Berdasarkan pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Singapura dan Jelajah Borneo baru-baru ini, KBS akan bekerjasama dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mendapatkan formula terbaik untuk membangunkan berbasikal lebuh raya negara.
"Saya mahu dalam tempoh lima tahun akan datang, pelumba negara menjadi antara terbaik di rantau Asia Tenggara dan Asia sepertimana pelumba acara trek," katanya.
Bernama
Sun Nov 08 2015
KHAIRY: Kita (KBS) telah mengenal pasti penganjur baharu. Daripada dua yang disenarai pendek, kita akan umumkan nama syarikat penganjur baharu itu minggu depan. - Gambar fail
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Pembayaran wang kemenangan LTdL 2020 selesai
Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding.
LTdL cetus budaya berbasikal di Malaysia - Syed Saddiq
Pada awal tahun depan, velodrom di Dungun akan mula dibina bagi memastikan sukan berbasikal dapat dirancakkan lagi dan lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam sukan ini.
LTdL 2020: Tiada masalah dapatkan penyertaan pasukan Jelajah Dunia
Selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengesahkan tarikh itu dalam kalendar mereka, pihak penganjur menerima respons yang menggalakkan daripada pasukan Jelajah Dunia.
Human Voyage sangkal dakwaan PKBM
Ahmad menjelaskan setakat lapan peringkat saingan yang berakhir Sabtu, tiada sebarang aduan kedengaran daripada pihak komisar dan wakil Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).